Thursday 31 January 2013

:: Sakitnya Gigi Ini... :)



Hai...!! Dah lama aku x berblogging.... Maklumlah semakin busy.... Yelah keja makin lama makin banyak... Macam mana aku nak cakap yea... Hmmmmm.... 

Aku nak share sikit nie.. Aku ada baca satu artikel mengatakan bahawa sakit gigi adala sakit yg kedua selepas mati..??? Betul kew..? Setahu aku lah sakit gg nie sakit yg ketiga.... Hmmmm... Ada kekeliruan disitu nampak gayanya... 

Aku bukan apa... aku share entry kali sebab haritu aku rasa macam nak mati sakit gg.. aku guling2 atas katil pon still tak boleh titoo... aku terus call mak aku... aku cakap aku tak tahan sakit sgt2.. rasa mcam nak mati pon ada... (Kalau dipikirkan kesian mak aku tak dpt tito akibat aku....) 
Habis nak buat mcam mana lagi.. mak aku je yg ada utk aku ngadu.... Yg paling best sekali esoknya mak aku terus dtg terus pergi cabut gg... sampai skrg Alhamdullillah tak sakit dah... Itulah orang cakap kasih ibu membawa ke syurga.... Kasih ayah sepanjang masa... Thanx my mom.... I <3 U lah.... :)

Kat sini aku kongsi lah petua2 kalau sakit gg :-

1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.